Sinopsis Cinta Iris

Mengisahkan tentang Iris Damia (Raja Ilya), pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sikap kasarnya ala-ala tomboy membuatkan ibunya risau jika dia tidak mempunyai teman lelaki. Namun dalam diam, Iris diminati oleh seorang jejaka bernama Shahir (Ungku Ismail) daripada jurusan Pengajian Islam. Keperibadian Shahir akhirnya berjaya melembutkan hati Iris dan mereka berkahwin. Kehidupan mereka sangat bahagia dan ditambah dengan berita Iris disahkan mengandung zuriat pertama mereka. Namun malang tidak berbau apabila bayi itu mati dalam kandungan Iris tanpa sempat dia dilahirkan. Iris begitu kecewa dengan kehilangan itu dan mula bangkit dengan membuka syarikat kecil miliknya. Ternyata tindakan nekad Iris membuahkan hasil apabila perniagaannya kini semakin berjaya, kredibilitinya mula diyakini dan syarikatnya mula menempa nama dalam bidang kejuruteraan. Iris meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada Shahir untuk berurusan dengan pelanggan sehingga lewat malam. Kerana itu, Shahir mula berkenalan dengan seorang GRO bernama Leya (Tunku Hanis).